BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 15, 2011

pelamin 3panel

Perkahwinan Joe Dan Syikin

pelamin ini adalah pilihan warna oleh pengantin .

Monday, December 20, 2010

SECEBIS DARI MySarah


terima kasih kepada pelanggan yang sudi memberi kerjasama kepada kami, sememangnya MySarah adalah satu gerbang perkahwinan yang baru dalam industri perniagaan. bermula dengan minat dan di sertakan dengan kritiviti yang ada kami cuba berusaha untuk memenuhi kehendak pelanggan dan bagi memuaskan hati pelanggan. konsep yang kami bawakan adalah kensep terbaru, pelamin yang di perbuat dari kayu mencetuskan kepuasan bagi pelanggan kami dan pengunjung semasa menjadi raja sehari.

Friday, December 10, 2010

PERKHIDMATAN PERKAHWINAN



Idea yang hadir adalah daripada adunan daya kreativiti, inovatif, pembacaan, pemerhatian dan seterusnya diterjemahkan pada hasil kerja kami..ada juga terhasil daripada olahan idea pelanggan dicampurkan dengan kesesuaian yang kami fikirkan untuk majlis mereka.

sememangnya daya kreativiti dan sentuhan akan menerima bermacam-macam kritikan dan pendapat. Cuma apa yang diharapkan ianya akan menjadi pembakar semangat kami untuk buat yang lebih baik.
Pada pengamatan kasar kami, kami gembira & kagum dengan perkembangan industri perkahwinan di Malaysia pada masa sekarang..Sama ada perusahaan dijalankan secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran..daripada partime kepada full time.. apa yang penting adalah pengusaha-pengusaha ini berani dan dapat menyumbang kepada perkembangan industri perkahwinan. Daripada khidmat Katering, Pakaian, Hiasan Pelamin, Solekan, Cenderahati, Kad kawin, Fotografi..semuanya perlu tip-top pada sesuatu majlis yang bakal dilangsungkan..maka di sini wujudnya perkhidmatan wedding planner yang akan bertanggungjawab bagi menguruskan keseluruhan persiapan majlis sehingga ke hari majlis dilangsungkan..berat sungguh tanggungjawab sebagai wedding planner ye..

Oleh itu wujudnya satu peluang besar yang masih terbuka untuk diterokai oleh usahawan dalam industri ini..daripada yang mengusahakan secara home based kepada butik-butik besar… semua ini akan menguntungkan pelanggan kerana mempunyai pilihan.. Dengan pertambahan pengusaha dalam industri ini kami melihat ianya satu perkembangan yang sangat sihat. Setiap pengusaha akan menunjukkan daya kreativiti masing-masing semata-mata untuk terus bersaing dalam pasaran... Matlamatnya mereka hanya satu.. memberikan yang terbaik untuk pelanggan masing-masing..

Tahniah juga kepada pengusaha-pengusaha perkahwinan generasi baru kerana menunjukkan satu peningkatan yang amat memberangsangkan. Tidak lupa juga kepada apa yang kami gelarkan sebagai ‘otai-otai’ lama yang perlu dihormati.. orang-orang lama ini masih kekal bersaing dalam pasaran. Ini adalah berkat kerja keras yang telah ditonjolkan kalian sebelum ini..Tahniah untuk semua yang telah berjaya membangunkan perniagaan sendiri berteraskan servis terbaik untuk bakal-bakal pengantin..

Kami juga telah membuat pemerhatian terhadap pasaran bahawa pelanggan-pelanggan mempunyai citarasa yang berbeza-beza. Oleh itu ianya menuntut kepada olahan dan cabaran daya kreativiti yang tinggi kepada pengusaha-pengusaha industri sekalian…

Kepada pelanggan-pelanggan, kami sebagai pengusaha menyahut cabaran untuk kami mengembangkan lagi daya kreativiti kami bagi merealisasikan impian perkahwinan anda..Kami faham anda hanya mahukan yang terbaik apabila bergelar ‘Raja & Ratu Sehari’ nanti..Insyaallah..

Bagi menyahut cabaran kreativiti ini, apa yang kami tawarkan adalah diharapkan ianya menjadi satu kelainan dalam pasaran.. Apa yang kami terapkan adalah kerja secara berpasukan dan jalinan rangkaian niaga yang kuat antara satu sama lain..Kami tidak pernah menolak untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha lain dalam industri yang sama... Sekurang-kurangnya boleh kita sama-sama bertukar-tukar pendapat & idea..Dengan keterbukaan ini kami menjangkakan ia memberi impak positif yang lebih besar untuk menawarkan apa yang lebih baik berbanding sekarang kepada pelanggan.